Panduan menguruskan harta pusaka

Panduan menguruskan harta pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGURUSAN harta pusaka sering menjadi isu yang rumit dan mencabar, terutamanya apabila waris tidak mengetahui prosedur yang betul untuk diikuti. 

Setiap individu di negara ini sama ada beragama Islam atau tidak tertakluk kepada peraturan undang-undang tertentu dalam pengagihan harta selepas kematian. 

Tanpa perancangan dan pengurusan yang teratur, harta yang ditinggalkan bukan sahaja boleh terbeku bertahun-tahun, malah berisiko menimbulkan konflik dalam kalangan ahli keluarga.

Minggu ini, Ringgit berkongsi panduan menguruskan harta pusaka bagi membantu waris untuk mendapat sedikit penjelasan apabila orang tersayang mereka meninggal dunia.

 

  1. Kumpkulkan semua dokumen penting.

Langkah pertama ialah mengumpulkan semua dokumen berkaitan si mati dan waris. 

Perkata ini penting untuk proses permohonan dan pengesahan waris serta aset.

Antara dokumen yang diperlukan adalah sijil kematian asal atau salinan yang disahkan, kad pengenalan waris dan salinan serta surat nikah atau surat cerai.

Selain itu, waris juga perlu mendapatkan dokumen harta seperti geran tanah, salinan akaun bank, sijil saham dan sebagainya.

 

  1. Tentukan jenis dan nilai harta.

Senaraikan semua aset yang ditinggalkan si mati dan buat anggaran nilai keseluruhan. 

Ini penting kerana nilai harta akan menentukan saluran permohonan.

 

  1. Kenal pasti waris sah.

Waris sah perlu dikenal pasti bagi membolehkan pengagihan harta pusaka yang sah. 

Waris berbeza mengikut agama dan status perkahwinan si mati.

Jika si mati beragama Islam, agihan adalah mengikut hukum faraid dnaris biasanya adalah pasangan, anak-anak, ibu bapa dan adik-beradik jika tiada anak.

 

  1. Pilih saluran permohonan yang sesuai.

Pemilihan saluran bergantung kepada jumlah nilai harta dan sama ada si mati ada tinggalkan wasiat atau tidak.

Antara saluran ini adalah pejabat tanah negeri, mahkamah tinggi, mahkamah syariah dan Amanah Raya Berhad.

 

  1. Buat permohohan secara rasmi

Proses permohonan boleh dilakukan dengan mengemukakan dokumen dan borang rasmi kepada saluran yang dipilih.

Sebagai contoh di di mahkamah tinggi, penuntut boleh guna khidmat peguam untuk failkan permohonan probet atau surat kuasa mentadbir.

Sementara itu untuk Amanah Raya, permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau di pejabat Amanah Raya.

 

6. Selesaikan hutang si mati

Sebelum harta diagihkan, semua hutang si mati perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Jenis hutang termasuklah pinjaman perumahan, kenderaan, kad kredit, hutang individu, zakat, fidyah dankos pengebumian (boleh ditolak dari harta pusaka)

Hutang perlu dibayar daripada harta pusaka terlebih dahulu. Waris tidak wajib bayar guna duit sendiri.

 

  1. Agihkan harta pusaka.

Setelah hutang selesai dan perintah agihan diperoleh, agihan boleh dibuat secara rasmi kepada waris.

Agihan boleh dibuat secara faraid untuk beragama Islam.

Bagi yang mempunyai wasiat pula, maksimum satu per tiga harta boleh diwasiatkan kepada bukan waris.

Waris boleh bersetuju untuk buat agihan secara muafakat selagi semua bersetuju dan tandatangan surat persetujuan. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN