EASTERN & Oriental Berhad (E&O), dengan kerjasama salah satu pemaju hartanah terkemuka di Jepun, Kumpulan Mitsui Fudosan, melancarkan secara rasmi Conlay Signature Suites, fasa kedua dan terakhir pembangunan mercu tanda Conlay.
Projek ini unit kediaman dek atas dalam pembangunan mercu tanda mewahnya, Conlay by E&O, pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting menuju ke arah penyempurnaan projek yang komitmen berterusan E&O dalam mentakrifkan semula kehidupan mewah bandar di kawasan paling diidamkan di Kuala Lumpur.
Projek firma seni bina bertaraf antarabangsa, Kerry Hill Architects, Conlay by E&O memiliki Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM968 juta dan menggabungkan rekaan abadi berinspirasikan resort dengan sentuhan sofistikated gaya hidup bandar moden.
Conlay signature suite di atas tanah pegangan bebas seluas 1.44 ekar, projek ini merangkumi dua fasa, dengan fasa terdahulu dikenali sebagai Conlay Residences dan peringkat yang lebih mewah dinamakan Conlay Signature Suites.
Terletak di antara tingkat tertinggi menara 51 tingkat, Conlay Signature Suites menawarkan pembeli yang arif suatu koleksi 194 kediaman, dengan binaan antara 635 hingga 3,617 kaki persegi, dalam konfigurasi 1 bilik tidur hingga penthouse 3+1 bilik tidur.
Bercakap pada majlis pelancaran, Pengarah Urusan E&O Berhad, Kok Tuck Cheong berkata, ‘Conlay Signature Suites’ mewakili kemuncak visi kumpulan untuk projek ini, suatu penawaran gaya hidup bertaraf tinggi dalam setiap erti kata.
“Pelancaran ini menegaskan semula kepercayaan kami bahawa masih terdapat selera yang kuat dalam pasaran untuk kediaman yang terletak di lokasi strategik serta direka dengan teliti yang menawarkan bukan sekadar kualiti, tetapi memiliki keistimewaan tersendiri,” katanya.
Projek bernilai ntara RM 1.52 juta hingga RM12 juta, setiap unit direka bentuk untuk memanfaatkan sepenuhnya pemandangan bandar dan padang golf tanpa halangan dan dilengkapi dengan kemasan premium, kelengkapan eksklusif dan susun atur yang lapang, sejajar dengan gaya hidup kosmopolitan masa kini.
Conlay Signature Suites dilengkapi perabot sepenuhnya dan sedia diduduki bagi memastikan pengalaman pemilikan yang lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengasas GDP Architects, Kamil Merican, ketika mengulas mengenai keistimewaan projek ini berkata, Kerry Hill pakar tersohor dalam bidangnya.
“Kami berpeluang untuk bekerjasama dengan beliau dalam beberapa projek sebelum ini, dan saya terkilan beliau tidak berpeluang menyaksikan hasil penuh kegemilangan Conlay.
“Bagi saya, Conlay merupakan manifestasi hubungan kerjasama erat antara kedua-dua firma kami, serta mencerminkan rasa saling hormat yang tinggi terhadap satu sama lain sebagai rakan seperjuangan dalam bidang seni bina,” ujarnya.
Sehingga kini, 100 peratus daripada unit di bawah Conlay Residences telah berjaya dijual, manakala Signature Suites yang baharu diperkenalkan telah mencatatkan kadar pengambilan sebanyak 40 peratus sejak pelancaran awalnya pada Mei tahun ini.
Ini mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap kediaman mewah yang dirancang dengan teliti di pusat bandar Kuala Lumpur.
Sementara itu, Pengarah Urusan Mitsui Fudosan (Asia) Malaysia, Masayoshi Saito berkata, pihaknya amat berbangga untuk bergabung tenaga dengan E&O untuk menghidupkan projek Conlay, yang menjadi lambang komitmen bersama kami dalam menawarkan pengalaman kediaman bandar yang sofistikated dan bertaraf tinggi.
“Usaha sama ini menggabungkan visi global Mitsui Fudosan dengan warisan kukuh E&O dalam bidang hospitaliti dan reka bentuk, mewujudkan alamat yang benar-benar ikonik untuk pembeli yang arif di Kuala Lumpur,” katanya.
Conlay by E&O disokong oleh pelbagai kemudahan gaya hidup dan kesejahteraan yang eksklusif, yang terletak di Aras 11 dan 36.
Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk kolam infiniti berpemanas, gimnasium, ruang komuniti bertema, perpustakaan, bilik biliard dan muzik, serta ruang makan langit yang menakjubkan.
Pembeli turut menikmati perkhidmatan concierge atas permintaan selama 24 jam, merangkumi akses kepada chef peribadi untuk jamuan eksklusif, perkhidmatan pembersihan kediaman, penghantaran makanan dan akhbar, perkhidmatan beli-belah, penyewaan kenderaan, serta penyelenggaraan asas unit kediaman.
Projek ini mengintegrasikan pelbagai langkah kelestarian merangkumi keseluruhan reka bentuk dan pembinaannya, termasuk penggunaan kelengkapan cekap tenaga, sistem pengudaraan semula jadi serta bahan-bahan yang diperakui mesra alam.
Terletak dalam jarak berjalan kaki yang singkat dari stesen MRT Conlay, pembangunan ini menikmati keterhubungan yang lancar ke kawasan beli-belah dan gaya hidup terkemuka Kuala Lumpur termasuk Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang dan KLCC.- UTUSAN