Avenys komited kukuhkan jenama di pasaran tempatan - Utusan Malaysia

Avenys komited kukuhkan jenama di pasaran tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama penjagaan kulit, Avenys Malaysia terus komited dalam mengukuhkan pasaran mereka di pasaran tempatan dengan membuka lebih banyak stor fizikal di seluruh negara.

Pengasas Avenys, Aleeya Zailan berkata, jenama kosmetik itu telah berjaya membuka lebih daripada 16 stor fizikal dalam jangka masa setahun setengah sahaja dari pembukaan kali pertama pada 2023.

Jelasnya, segala perancangan pembukaan stor fizikal pada tahun ini telah berjaya dicapai dengan jumlah itu.

“Antara kejayaan yang signifikan bagi kami adalah selepas berjaya untuk membuka stor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga di Sabah.

“Berikut merupakan antara kejayaan jenama ini dalam meneruskan komitmen untuk menyediakan penyelesaian masalah kulit kepada pelancong dan warga tempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Aleeya, selain daripada memperbanyak stor fizikal, jenama itu turut bekerjasama dengan beberapa rangkaian farmasi popular agar lebih dekat dengan pelanggan.

“Dalam mengukuhkan pengembangan jenama di pasaran tempatan, kami telah berkerjasama dengan Guardian dan Aeon Wellness yang mempu untuk mempasarkan produk ke seluruh negara.

“Kejayaan ini mencerminkan usaha yang telah dijalankan sepanjang Avenys ditubuhkan sejak 2016,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Avenys turut melancarkan produk baharu, Avenys Sun Spectrum+ selepas hampir dua tahun menjalankan penyelidikan bagi produk pelindung matahari itu.

“Produk ini membawa kelainan dengan pelindung matahari yang lain kerana mampu untuk memberikan perlindungan lebih 10 jam dengan pengekalan 50 peratus nilai faktor pelindung matahari (SPF) kepada kulit.

“Pelindung matahari ini diuji secara klinikal menggunakan tujuh penapis UV photostable yang mampu memberikan perlindungan kepada pemakai daripada spektrum sinar berbahaya yang mampu membawa kepada penuaan pramatang.

“Produk ini merupakan antara pelindung matahari pertama di dunia yang memiliki lebih daripada tujuh lapisan dan menggunakan formulasi daripada Eropah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN