BAKAL pembeli rumah sering berpendapat membeli kediaman menerusi jualan lelong menawarkan peluang pemilikan aset itu di bawah harga pasaran. Tidak dinafikan harga itu jauh lebih rendah berbanding ditawarkan pemilik asal atau ejen hartanah terutama apabila ia dilelong untuk kali kedua, ketiga atau seterusnya. Walaupun membeli hartanah kediaman lelong dikatakan suatu bentuk pelaburan yang menguntungkan, namun terdapat beberapa risiko perlu difahami. Secara umum, hartanah lelong adalah rumah yang dijual oleh pihak…