PETALING JAYA: Pakar ekonomi menjangkakan ringgit diniagakan sekitar RM4.67 ke RM4.69 minggu ini. Ringgit dijangka diniagakan kukuh berikutan pihak Rizab Persekutuan (Fed) dilihat masih lagi menyatakan komitmen untuk menurunkan kadar faedah pada tempoh yang sesuai. Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, ini berdasarkan kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell pada Kongres pada minggu ini. Selain itu, Mesyuarat…