Petron, Klean bekerjasama menuju masa depan lestari

Petron, Klean bekerjasama menuju masa depan lestari

PELANCARAN mesin layan diri pertama berasaskan teknologi kecerdasan buatan oleh Petron Malaysia untuk mempromosikan kitar semula plastik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petron Malaysia baru-baru ini mengaktifkan mesin layan diri pertama (Reverse Vending Machine – RVM) yang berasaskan kecerdasan buatan (AI) di stesen minyak Petron Lebuh Bandar Utama, sebagai salah satu usahanya di dalam mempromosikan kitar semula plastik.

Petron bekerjasama dengan Klean Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai orang mengitar semula melalui sistem deposit kontena digital.

Menurut Petron, pelanggan boleh mengitar semula bekas makanan plastik, botol polyethylene terephthalate (PET) dan tin aluminium di RVM dan mengumpul mata ganjaran melalui Aplikasi Kitar Semula Klean untuk penebusan baucar.

Inisiatif baharu Petron Malaysia ini bertujuan untuk memupuk sifat kitar semula dalam tingkah laku masyarakat, yang mana ianya merupakan langkah pertama ke arah pelaksanaan ekonomi kitaran.

Ia selari dengan komitmen syarikat Petron untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) 11 dan 12 dan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 kearah kitaran plastik.

Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd. Sidek berkata, plastik masih digunakan secara meluas di rumah mahupun di pejabat walaupun ianya menyumbang kepada pencemaran.

“Disebabkan harganya yang murah dan senang digunapakai, plastik digunakan secara meluas. Sebagai contoh, kita menggunakan plastik untuk mengelakkan bahan makanan daripada rosak semasa proses penghantaran.

“Oleh itu, matlamat utama yang perlu kita semua lakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penggunaan plastik dengan bertanggungjawab dan memastikan sisa plastik dipulihkan dan dialihkan dari tapak pelupusan.

“Kerjasama kami dengan Klean Malaysia adalah pengubah keadaan, ataupun ‘game-changer’ dalam kitar semula. Kami berharap RVM Klean yang dipasang di stesen minyak kami akan memainkan peranan dalam meningkatkan pemahaman dan komitmen orang ramai terhadap pelupusan plastik dengan bertanggungjawab,” katanya.

Pengurus stesen minyak Petron Lebuh Bandar Utama, Nadia Othman, berkata, pihaknya berbangga menjadi stesen Petron pertama yang menggunakan RVM selepas melalui proses pemilihan yang amat teliti.

“Keputusan ini adalah berdasarkan kriteria penduduk setempat kami yang mempunyai kepadatan kawasan yang tinggi. Mesin RVM yang canggih ini memperkemaskan proses kitar semula botol plastik kosong dan tin dalam komuniti kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN