Panduan memastikan bilik air mesra OKU - Utusan Malaysia

Panduan memastikan bilik air mesra OKU

CONTOH bilik air mesra pengguna OKU. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASALAH ruang bilik air yang sempit sering memberi cabaran terutama kepada isi rumah yang mempunyai individu berkerusi roda atau warga tua dan kekangan untuk melaksanakan pemandian jenazah.

Malah kebanyakkan kediaman yang didirikan oleh pemaju didapati tidak mempertimbangkan reka bentuk bilik air yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Justeru, Ringgit pada ini minggu ini berkongsi panduan aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam pengubahsuaian reka bentuk dan ciri-ciri bilik air mesra pengguna.

KELUASAN
Pertama sekali, keluasan minimum bagi bilik air yang digunakan oleh individu yang berkerusi roda ialah sekitar 1.5 dan 1.8 meter persegi, di mana turut dilengkapi tandas yang bukan berasingan.
Permukaan lantai haruslah rata bagi menyenangkan pergerakan dan putaran kerusi roda dalam bilik air.

PEMILIHAN PINTU
Bagi pemilihan pintu pula, jenis lipat dan gelangsar dengan lebarnya sekurang-kurang 90 sentimeter (cm) adalah amat bersesuaian kerana akan memudahkan laluan kerusi roda untuk terus masuk ke ruangan bilik air.

Selain itu, pintu jenis tersebut masih boleh ditutup semula tanpa ada benda yang menghalang, dalam masa yang sama privasi di bilik air masih boleh dikekalkan.

CIRI KESELAMATAN
Seterusnya, pemasangan pegangan pada dinding bilik air yang lebih praktikal seperti dapat dilipat, masih boleh memberikan lebih banyak ruang lebih dalam masa yang sama aspek keselamatan dapat diutamakan.

Pastikan pemasangan pegangan dinding berfungsi di bilik air mengambil kira aspek yang dapat menghubungkan pergerakan pengguna OKU ke kawasan mandi, sinki dan juga tandas.

PERABOT BERCIRI KESELAMATAN
Dalam pada itu, pilihan perabot untuk bilik air perlu diambil kira sama ada anda mengutama konsep reka bentuk moden, klasik, vintaj mahupun minimalis.

Pemilihan perabot yang diperbuat daripada kayu dan keluli adalah tidak digalakkan kerana bahan tersebut tidak akan tahan pada air untuk penggunaan dalam jangka masa lama dan boleh membahayakan pengguna.

PEMILIHAN LANTAI DAN DINDING
Bagi pemilihan permukaan lantai dan dinding pula, gunakan jenis bahan seperti porselin yang bernilai tinggi kerana lebih tahan terhadap kelembapan, di samping memberi penampilan yang menarik bagi dalaman bilik air.

Selain itu, granit yang bukan sahaja berkonsep mewah malah merupakan bahan semula jadi tahan air juga bersesuaian untuk digunakan bagi permukaan bilik air yang sentiasa lembap.

Akhir sekali, elakkan membuat sinki dan kedudukan pili air yang terlebih tinggi serta meletakkan tab mandi bagi bilik air yang digunakan oleh pengguna berkerusi roda kerana akan lebih menyukarkan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN