Kenanga Research kekal neutral dalam sektor teknologi - Utusan Malaysia

Kenanga Research kekal neutral dalam sektor teknologi

KELINGTON Group menyampaikan satu lagi angka pecah rekod dalam penghantaran projek yang mantap dan margin yang lebih baik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research kekal ‘neutral’ dengan sektor teknologi, berikutan sukar untuk membezakan antara bermusim dan potensi permulaan kitaran peningkatan dalam nombor keputusan kewangan pada suku keempat 2023.

Menurut nota penyelidikannya, keputusan keuntungan sektor itu (berbanding jangkaan firma) bertambah baik pada laporan suku keempat baru-baru ini secara berurutan pada 23 peratus, 62 peratus dan 15 peratus daripada syarikat di bawah liputannya berada pada atas, dalam dan di bawah ramalannya.

Katanya, ini berbanding masing-masing pada 15 peratus, 38 peratus, dan 47 peratus pada suku sebelumnya.

“Kami percaya peningkatan itu boleh dikaitkan dengan gabungan musim dan berkemungkinan permulaan peningkatan kitaran.

“Kami menggalakkan pelabur untuk memberi tumpuan kepada syarikat yang menawarkan kepastian dalam pendapatan, sementara menunggu pengesahan bahawa sektor ini secara keseluruhannya telah berubah,” katanya baru-baru ini.

Firma penyelidikan berkata, D&O Green Technologies Berhad dengan penarafan ‘market perform’ (MP) pada harga sasaran (TP) RM3.60 melaporkan hasil suku tahunan tertinggi dan lonjakan 33 peratus dalam keuntungan bersih, didorong oleh penstokan semula oleh pelanggan China.

Semenatara itu, Kenanga Research berkata, PIE Industrial Bhd. (outperform (OP); TP: RM4.00) melaporkan pesanan yang bertambah baik secara menyeluruh, manakala Kelington Group Bhd. (OP; TP: RM3.40) menyampaikan satu lagi angka pecah rekod dalam penghantaran projek yang mantap dan margin yang lebih baik.

“Kami mengekalkan keyakinan yang tinggi terhadap Kelington Group kerana keupayaannya untuk menyampaikan pendapatan yang berdaya tahan kerana menjadi proksi langsung kepada pengembangan fabrik wafer hadapan.

“Pendapatannya juga kukuh disokong oleh buku pesanan RM1.3 bilion dan kedudukan yang kuat dalam pelbagai pasaran iaitu Malaysia, Singapura dan China,” ujarnya.

Tambahnya, firma juga menyukai Inari Amertron Bhd. kerana telah menunjukkan peningkatan yang sangat kukuh dalam perniagaan frekuensi radio (RF), keupayaan untuk bertukar positif lebih cepat daripada rakan setaranya dan masih mampu mengekalkan margin keuntungan yang lumayan.

Selain itu, firma juga menyukai PIE kerana set kemahiran komprehensifnya, menjadikannya penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) pilihan utama untuk syarikat multinasional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN