The Atera, pembangunan TOD menerapkan ciri hijau - Utusan Malaysia

The Atera, pembangunan TOD menerapkan ciri hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBANGUNAN Berorientasikan Transit (TOD) menjadi begitu popular untuk bujang dan keluarga yang sering bergerak ke sana sini dengan banyak aktiviti mereka seperti sosial, belajar dan kerja.

Pemaju hartanah, Paramount Property menyedari tarikan kepada jenis pembangunan tersebut dengan TOD pangsapuri perkhidmatannya, The Atera yang terletak di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Kediaman yang dibina di tanah seluas 3.9 hektar dan terletak bersebelahan dengan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Asia Jaya itu didatangkan dalam binaan separuh lengkap dan dilengkapi dengan ciri rumah pintar.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasarannya, Chan Jy Mei berkata, fasa pertama projek melibatkan 676 unit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM514 juta itu dilancarkan pada November 2022.

Katanya, pemilik di The Atera akan dikelilingi oleh kemudahan gaya hidup yang penting dari sekolah hingga kolej, universiti, hospital, pusat membeli-belah, hotel serta kedai makan yang semuanya dalam radius lima kilometer (km).

Tambahnya, The Attera juga berdekatan dengan lebuh raya iaitu bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan dan juga berhubung dengan lebuh raya lain seperti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

“The Atera mempunyai pilihan binaan antara 775 kaki persegi hingga 1,420 kaki persegi dengan harga bermula daripada RM570,000 untuk lot Bumiputera.

“Unit yang lebih besar dilengkapi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi. Setiap unit, tanpa mengira saiz dilengkapi dengan halaman dan semua unit kecuali yang terkecil mempunyai balkoni,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata, susun atur seluas 1,420 kaki persegi ialah unit dwi kunci, direka untuk kehidupan berbilang generasi, memberikan privasi dan ruang untuk ahli keluarga besar di bawah satu bumbung.

“Ia juga sesuai untuk penaik taraf atau pelabur yang boleh menyewakan unit utama dan yang kedua secara berasingan,” ujarnya.

Pangsapuri perkhidmatan itu dilengkapi dengan kabinet dapur, hud dan dapur memasak, panel skrin pancuran mandian, pagar tuala keluli tahan karat, pemanas air serta pendingin hawa.

Tambahnya, dengan 33 kemudahan gaya hidup meliputi jakuzi ke gimnasium, kolam renang, dinding pendakian dan juga lorong boling mini, pembangunan itu adalah tempat untuk seluruh keluarga menikmati kemudahan rekreasi tanpa perlu memandu keluar.

“The Atera juga mempunyai sijil Perak GreenRE sementara, dengan ciri-ciri seperti penuaian air hujan dan kuasa solar untuk kawasan umum, sekali gus memastikan kos penyelenggaraan yang lebih rendah untuk pemilik rumah dalam jangka masa panjang.

“Sistem pengurusan sisa automatik yang menggunakan teknologi vakum akan menjauhkan bau sampah dan perosak, mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bersih.

“Terdapat juga sistem penapisan air untuk air yang lebih bersih. Selain itu, memandangkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat, ruang pengecas EV dipasang untuk kemudahan penduduk,” ujarnya.

Menurut beliau, projek ini telah menarik pembeli daripada bujang yang mahukan alamat Petaling Jaya yang berprestij kepada pasangan yang baru berkahwin dan keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya