Eka Heights tawar kediaman strategik berhampiran KLIA - Utusan Malaysia

Eka Heights tawar kediaman strategik berhampiran KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MATRIX Concepts memperkenalkan projek perumahan terbaharu Eka Heights, pembangunan bercampur terletak di lokasi strategik, berdekatan jalan utama ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka siap pada 2026.

Eka Heights terletak di Seremban, Negeri Sembilan dalam wilayah pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) yang menjadi pusat penjanaan ekonomi di negeri berkenaan.

Dengan penaiktarafan infrastruktur dan kawasan perindustrian, pastinya memberi kesan positif kepada pembeli Eka Heights.

Projek dibangunkan di keluasan tanah 371 ekar mengandungi rumah sebanyak 3,620 unit dan 25 kedai komersial, selain turut dilengkapi 10 kawasan kediaman komersial dikenali sebagai Eka Biz.

Eka Heights direka dengan kawasan perlindungan harmoni dan suasana indah dikelilingi alam sekitar.

Suasana landskap serba hijau dan pemandangan tasik yang cantik akan mewujudkan persekitaran kehidupan luar biasa di Eka Heights.

Dengan jarak hampir 10 Kilometer (km) dari pusat bandar Seremban, penduduk mempunyai akses mudah ke sekolah, kemudahan riadah, perkhidmatan kerajaan dan institusi perbankan.

Di Eka Heights akan turut terdapat taman dikenali Taman Mageka, berkeluasan sebanyak 15.5 ekar dengan menawarkan pelbagai kemudahan.

Mengulas projek berkenaan, Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, fasa pertama projek mendapat sambutan yang baik dengan sebanyak 80 peratus telah habis dijual dalam masa sebulan selepas pelancaran.

“Fasa kedua, Eka Heights 3A Lumina II telah dilancarkan pada 1 November dan Eka Heights Lumina II bakal menjadi kediaman ideal untuk anda terutamanya yang mencari rumah pertama dengan harga bermula daripada RM360,000,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Presint itu mempunyai 275 unit rumah berkembar dua tingkat dengan setiap unit dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik air, dan saiz lot antara 20’x70’ hingga 20’x75’, pada harga bermula RM360,000.

Rumah berkembar dua tingkat di Eka Heights pula menawarkan rekaan menarik, moden yang pasti menarik perhatian golongan muda yang mencari rumah pertama atau juga sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

Antara tarikan lain Eka Heights ialah pembeli mempunyai lebih banyak akses ke beberapa lokasi tarikan seperti Port Dickson yang terletak kira-kira 26 km), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) (46 km), Menara Berkembar Petronas, KLCC (71 km) dan A’ Famosa Melaka (96 km).

Eka Height,10 minit dari Bandar Sri Sendayan, juga berdekatan dengan beberapa kawasan perindustrian seperti Perindustrian Enstek dan Sendayan TechValley. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya