Sektor penjagaan kesihatan positif dalam jangka masa panjang - Utusan Malaysia

Sektor penjagaan kesihatan positif dalam jangka masa panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research mengekalkan panggilan overweight ke atas sektor penjagaan kesihatan dengan penyedia penjagaan kesihatan swasta, iaitu IHH Healthcare Bhd. dan KPJ Healthcare Bhd. mengungguli sektor berkenaan.

Dalam kemas kini sektor, firma penyelidikan itu berkata, dengan operasi mereka di Malaysia hampir mencapai penggunaan penuh selepas pengenalan skim insurans penjagaan kesihatan nasional, ramalan pendapatan tahun kewangan 2024 Kenanga untuk IHH boleh dinaikkan sebanyak sebanyak 12 peratus manakala KPJ 25 peratus.

Ujarnya, ia juga boleh menaikkan harga sasaran (TP) sebanyak 7.0 peratus kepada RM7.50 untuk IHH dan sebanyak 25 peratus kepada RM1.90 untuk KPJ, berdasarkan asas penilaian yang sama (tanpa pengembangan baharu).

“Kami mengakui bahawa baik pulih sistem penjagaan kesihatan skala ini mungkin mengambil masa yang lama untuk dicapai.

“Bagaimanapun, memandangkan sifat pasaran yang berpandangan ke hadapan, kami percaya penarafan semula harga saham boleh berlaku sebaik kerajaan menunjukkan komitmen teguh ke arah mencapainya,” katanya.

Kenanga berkata, selain daripada menjadi penerima manfaat yang berpotensi untuk membaik pulih sistem penjagaan kesihatan tempatan, pihaknya terus positif terhadap penyedia penjagaan kesihatan swasta seperti IHH dan KPJ kerana kuasa penetapan harga mereka, populasi yang semakin tua dan kemewahan yang semakin meningkat.

“Kami juga positif terhadap IHH dan KPJ untuk kedudukan pasaran mereka memandangkan IHH dengan kehadiran di Malaysia, Singapura, Türkiye dan Greater China, manakala KPJ mempunyai rangkaian terbesar 28 hospital swasta di Malaysia berbanding 16 IHH,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya