OPR naik, baik untuk FDI, pasaran bon - Utusan Malaysia

OPR naik, baik untuk FDI, pasaran bon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENINGKATAN Kadar Dasar Semalam (OPR) sebagai langkah untuk membendung inflasi dijangka dapat menyokong kepada kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.

Walaupun OPR dan FDI tidak tidak berhubung secara langsung, OPR yang rendah akan menyebabkan aliran wang yang banyak dan laju di pasaran terutama akibat tabiat perbelanjaan pengguna yang lebihan yang seterusnya mencetuskan inflasi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Fuad Mohamed Berawi berkata, kadar inflasi menjadi tinggi boleh menyebabkan kemerosotan dalam FDI.

Katanya, paras inflasi yang tinggi menyebabkan penurunan nilai mata wang tempatan dan ini berisiko mengurangkan nilai aset yang disandarkan kepada mata wang tempatan berbanding mata wang asing.

“Justeru, bagi mengelak risiko kemerosotan FDI, inflasi perlu dikurangkan dengan langkah meningkatkan OPR.

“Namun begitu, kadar inflasi yang rendah semata-mata tidaklah dapat menarik FDI sekiranya tidak disokong dengan kestabilan politik dan pemerintahan, dasar kerajaan yang merangsang pelaburan.

“Ini seperti penyediaan asas infrastruktur yang kukuh, kadar pertukaran mata wang yang stabil, logistik, guna tenaga mahir dan separa mahir serta pulangan pelaburan,” katanya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kenaikan OPR boleh memanfaatkan pasaran bon negara dan dapat menarik pelabur.

Katanya, ini kerana pemegang bon akan menerima pembayaran faedah tetap daripada penerbit bon sepanjang tempoh pra matang bon tersebut.

“Oleh itu, OPR yang rendah akan menjadikan kadar bon yang rendah dan tidak menarik kepada pelabur asing.

“Sebaliknya, bila kadar faedah meningkat, bon yang ditawarkan pada kadar yang lebih tinggi dan dapat menarik balik pelabur asing untuk melabur di pasaran bon tempatan,” ujarnya.

Awal Mei lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus.

Kadar siling dan lantai koridor OPR turut dinaikkan, masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Kadar tersebut adalah seperti sebelum pandemik yang sekaligus MPC telah menarik balik rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis Covid-19 dalam menggalakkan pemulihan ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.