KITA Bestari tawar rumah mampu milik berkualiti - Utusan Malaysia

KITA Bestari tawar rumah mampu milik berkualiti

RUMAH Satu Tingkat KITA Bestari menawarkan keluasan binaan seluas 1,094 kaki persegi dilengkapi dengan empat bilik tidur dan dua bilik air. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAJU perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) menawarkan rumah mampu milik dan berkualiti iaitu KITA Bestari yang terletak di perbandaran Tanah Rizab Melayu KITA @ Cybersouth.

Berpegang teguh kepada tiga prinsip utama LBS iaitu mampu milik, kesalinghubungan dan komuniti, pemilihan kemudahan di sekitarnya diberi tumpuan secara menyeluruh bagi menggalakkan ikatan kekeluargaan menerusi pusat kecergasan, gelanggang takraw serta bola keranjang.

KITA Bestari terdiri daripada tiga jenis hartanah, Rumah Teres Satu Tingkat yang merangkumi 413 unit dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM217 juta, Rumah Dua Tingkat (76 unit dengan jumlah GDV RM47 juta), serta Rumah Bandar (328 unit dengan jumlah GDV RM154 juta).

Rumah Satu Tingkat KITA Bestari menawarkan keluasan binaan seluas 1,094 kaki persegi dilengkapi dengan empat bilik tidur dan dua bilik air dengan harga yang berpatutan bermula daripada RM499,000.

Manakala bagi Rumah Dua Tingkat KITA Bestari berharga daripada RM600,000 dengan keluasan binaan 1,447 kaki persegi.

Harga jualan bagi Rumah Bandar pula bermula daripada RM459,900 dengan keluasan binaan 1,346 kaki persegi (unit bawah) dan 1,483 kaki persegi bagi (unit atas).

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, LBS telah mencatatkan kadar pengambilan luar biasa bagi Rumah Setingkat KITA Bestari menjangkau sehingga 90 peratus dalam masa dua minggu sejak dibuka untuk tempahan.

“Projek pembangunan KITA @ Cybersouth telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pembeli rumah sejak pelancaran pertamanya pada tahun 2018.

“Berdasarkan rekod, Rumah Satu Tingkat KITA Bestari telah terjual melebihi 90 peratus unit, ini menunjukkan tahap keyakinan pelanggan yang kukuh terhadap LBS.

“Pada 31 Disember 2022, LBS telah menyerahkan sejumlah 2,722 unit kunci rumah kepada pemilik rumah yang telah membeli rumah teres dua tingkat KITA Harmoni, Pangsapuri Servis dan ruang kedai KITA Impian, serta rumah teres dua tingkat dan rumah bandar KITA Bayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Lengkap dengan sistem pembangunan berpagar dan berpengawal, ciri-ciri keselamatan merupakan faktor penting di samping harga yang berpatutan dan terletak jauh dari kesibukan ibu kota dan terletak di kawasan koridor selatan Lembah Klang Besar di antara Putrajaya dan Cyberjaya.

Selain itu, KITA Bestari juga berdekatan dengan lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dengkil-Banting.

KITA @ Cybersouth terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam utama antaranya hab komersial, institusi kewangan, pusat pentadbiran kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, lapangan terbang antarabangsa, pusat penjagaan kesihatan dan sebagainya.

KITA Bestari juga merupakan projek yang tersenarai dalam kempen LBS Fabulous Extra 2022 hingga 2023, dengan hadiah cabutan bertuah bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi.

Hadiah-hadiah istimewa tersebut ialah Perodua Axia, Motosikal, Cinema Home Soundbar, basikal gunung, televisyen 40” dan peralatan elektrik.

Pembeli rumah LBS juga bakal menikmati insentif tambahan, seperti yuran tempahan rendah sebanyak RM500, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya