Kecerdasan buatan bukan ancaman dunia kewartawanan

Kecerdasan buatan bukan ancaman dunia kewartawanan

FORUM Literasi Media yang dianjurkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menekankan pentingnya etika dan kepentingan kecerdasan buatan (AI) dalam bidang kewartawanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FAKULTI Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini menganjurkan Forum Literasi Media yang menekankan pentingnya etika dan kawalan diri dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Forum ini turut menggariskan bagaimana teknologi AI mempengaruhi industri kewartawanan, dengan penekanan teknologi ini bukanlah ancaman kepada media, tetapi peluang untuk memperkukuhkannya.

Menurut para panel, termasuk bekas Dekan FKPM, Datuk Profesor Dr. Azizul Halim Yahya, AI perlu dianggap sebagai alat yang memperkasakan wartawan, bukan memusnahkan peranan mereka.

Kata mereka, golongan yang menolak atau gagal mengambil teknologi akan tertinggal ke belakang. Penyesuaian dan pengadaptasian terhadap teknologi AI bukan sekadar keperluan, tetapi merupakan peluang untuk wartawan menjadi lebih kompetitif.

Dalam dunia kewartawanan moden, kaedah pengajaran juga telah berubah. Dahulu, wartawan dikehendaki turun ke lapangan untuk mengumpulkan maklumat, tetapi dengan kemajuan teknologi hari ini, laporan berita dapat disokong dengan data yang tepat dan statistik yang terkini.

Azizul Halim menegaskan walaupun laporan tradisional masih relevan, ia perlu disokong dengan analisis yang lebih mendalam melalui data statistik untuk meningkatkan kepercayaan pembaca.

Perubahan dinamik teknologi ini menuntut wartawan untuk lebih bertanggungjawab dalam penggunaan AI dan memastikan etika kewartawanan tetap dijaga.

Dengan AI, kita bukan sahaja perlu mengekalkan etika yang tinggi, tetapi juga menghasilkan kandungan berita yang lebih baik dan lebih tepat.

Teknologi AI diakui bukanlah ancaman kepada industri media, sebaliknya ia harus dianggap sebagai hadiah yang boleh membantu wartawan untuk meningkatkan kualiti kandungan dan mengoptimumkan kerja mereka. Wartawan yang berjaya mengadaptasi kepada perubahan ini akan dapat melangkaui pesaing mereka dan terus relevan dalam era media digital. – UTUSAN

AFIQAH ABAS
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN