Banjir kilat patut sudah lama selesai - Utusan Malaysia

Banjir kilat patut sudah lama selesai

KESEDARAN pengguna perlu ditingkatkan agar tidak membuang sampah ke dalam sungai. – IHSAN JPS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEJADIAN banjir yang berlaku sekarang terutama di kawasan rendah mengundang kebimbangan orang ramai, ditambah dengan musim tengkujuh.

Banjir kali ini agak luar biasa. Mereka yang mengalaminya memberitahu, paras air naik lebih tinggi daripada kebiasaan, baik di Pantai Timur atau tempat lain. Begitu banyak kerugian dialami apabila harta benda tidak dapat diselamatkan.

Yang menambah masalah, banjir kilat lebih banyak berlaku sekarang. Larian air yang deras dari kawasan lebih tinggi menenggelamkan kawasan rendah. Apabila sistem perparitan tidak berfungsi dengan baik, maka kawasan itu menerima kesan buruk.

Sisa pembinaan projek termasuk perumahan baharu menyebabkan parit dan longkang menjadi cetek dan mudah tersumbat.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu peka dengan keperluan mendalam serta membersihkan longkang dan parit. Anak-anak sungai yang cetek perlu diperdalamkan agar pengaliran air lebih lancar.

Kesedaran pengguna perlu ditingkatkan supaya tidak membuang sampah dan sisa perkilangan ke dalam parit dan anak sungai kerana tindakan tidak bertanggungjawab sedemikian akan memudahkan berlaku banjir kilat dan banjir besar.

Sepatutnya kajian mendalam telah dibuat dan langkah penyelesaian diusahakan oleh pihak berkenaan selepas mendapati ada kawasan mengalami banjir kilat walaupun hanya sejam hujan.

MUSTAFFA SIRAJ
Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya