Pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menjadi medan mengukur kekuatan sebenar sokongan pengundi terhadap tiga gabungan utama, iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Rekod PRN Johor lalu memihak kepada UMNO-BN. Oleh kerana itu, UMNO-BN berkeras untuk bertanding solo di Johor tanpa melibatkan kerjasama dengan PH.
PRN Johor bukan semata-mata untuk rakyat memilih sebuah kerajaan yang baharu tetapi kedudukan serta pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH juga akan dinilai oleh barisan kepimpinan UMNO-BN.
Sekiranya UMNO-BN berjaya mengekalkan kemenangan pada Sabtu ini, memungkinkan kerusi Anwar selaku Perdana Menteri tidak terjamin selamat.
Mutakhir ini ketiga-tiga parti tersebut tidak sunyi dilanda badai konfrontasi sesama sendiri yang menyebabkan pengundi di luar sana terus menjadi keliru.
Walau bagaimanapun mereka selesai mengaturkan wakil-wakil yang bakal bertanding mengikut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Apakah pengundi muda yang dipercayai menjadi penentu kepada kelangsungan ketiga-tiga parti bakal berubah arah menyatakan protes senyap memilih sebuah parti yang tidak meletakkan sasaran untuk menang seperti arti Bersama Malaysia (Bersama) yang semakin mendapat perhatian ramai kalangan anak muda.
Menariknya Bersama yang baru ditubuhkan terus tampil ke hadapan menyertai PRN dengan meletakkan 15 orang calon dengan lima daripadanya akan menguji keegoan di kawasan DUN disandang DAP.
UMNO-BN pula mewakilkan calon dari MCA untuk menentang calon-calon dari DAP.
Kemenangan calon-calon DAP di PRN Johor juga dikatakan menjadi talian hayat bagi PH.
DAP yang bertanding 17 kerusi dun kali ini mempertaruhkan dua orang wakil Melayu dan salah satunya di DUN Permas.
Calon-calon dari PKR pula sebahagian besarnya akan kecundang dengan lawan masing-masing apatah lagi calon dari Parti Amanah Negara (Amanah) diyakini bakal menerima nasib serupa.
Oleh hal demikian, calon dari UMNO-BN tetap akan menjadi pilihan pemerhati politik.
Walaupun pada awalnua terdapat perselisihan faham namun dapat diselesaikan dengan cara baik serta tidak menjejaskan reputasi calon-calon yang bertanding mewakili parti UMNO-BN.
Manakala calon-calon PN terpaksa berhempas-pulas jika mahu kemenangan yang dicari.
Kekuatan jentera pilihan raya bukanlah satu jaminan menghasilkan kemenangan dalam satu-satu pilihan raya besar seperti PRN atau pilihan raya umum (PRU) selagi mana parti tidak bekerja keras mempengaruhi sentimen pengundi terutamanya di Johor yang menjadi kubu kuat tradisi UMNO-BN. –UTUSAN
CTJ
Pulau Pinang










