Rukun Negara asas keharmonian, perpaduan

Rukun Negara asas keharmonian, perpaduan

RUKUN Negara memainkan peranan besar sebagai alat pengikat yang memperkukuh identiti nasional dan kesetiaan terhadap negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUKUN Negara merupakan ideologi kebangsaan yang menjadi asas perpaduan rakyat Malaysia sejak diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena sambutan kemerdekaan ke-13 negara. 

Lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara menjadi panduan penting dalam membentuk masyarakat yang menghormati raja dan negara, menjunjung keluhuran Perlembagaan serta mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan.

Rukun Negara memainkan peranan besar sebagai alat pengikat yang memperkukuh identiti nasional dan kesetiaan terhadap negara. Tanpa pegangan bersama seperti ini, perpaduan rakyat akan mudah terjejas akibat perbezaan latar belakang dan fahaman.

Sistem pendidikan seharusnya menjadi medium utama untuk menyemai penghayatan terhadap Rukun Negara dalam jiwa generasi muda.

Melalui pendidikan yang berteraskan nilai kebangsaan, rakyat dapat memahami kepentingan perpaduan, toleransi dan tanggungjawab sebagai warganegara.

Penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara perlu diterapkan secara konsisten agar rakyat bukan sahaja menghafalnya, malah benar-benar mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Hakikatnya, Rukun Negara berjaya menjadi asas kestabilan negara sejak diperkenalkan lebih lima dekad lalu. Ideologi ini membantu membentuk masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni walaupun berbeza kaum dan agama. 

Nilai seperti hormat-menghormati, kerjasama dan kesetiaan kepada negara menjadi kekuatan utama yang membolehkan Malaysia terus berkembang sebagai sebuah negara berdaulat.

Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat segelintir pihak yang semakin meminggirkan prinsip-prinsip Rukun Negara. 

Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menghidupkan semula semangat Rukun Negara dalam masyarakat. Penghayatan terhadap ideologi kebangsaan ini perlu bermula dari rumah, sekolah, institusi pendidikan dan juga kepimpinan negara. 

Rukun Negara bukan sekadar lafaz yang dibaca dalam majlis rasmi, tetapi mesti diterjemahkan melalui tindakan dan sikap dalam kehidupan seharian.-UTUSAN

MOHD. AYOP ABD. RAZID

Penganalisis sosiopolitik bebas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN