Batalkan pas peniaga warga asing

Batalkan pas peniaga warga asing

PENGUATKUASAAN yang lebih menyeluruh bukan sahaja penting untuk membanteras aktiviti perniagaan haram warga asing tetapi juga bagi memastikan peluang ekonomi negara kekal terpelihara untuk rakyat tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram bukanlah perkara baharu, malah sudah berulang kali diadukan oleh masyarakat, namun masih berlarutan tanpa penyelesaian tuntas.

Keadaan ini semakin ketara dengan kewujudan kelompok peniaga asing seperti komuniti Acheh dan ‘Mini Dhaka’ yang bukan sahaja tertumpu di kawasan tertentu seperti Jalan Silang, malah turut merebak ke bandar-bandar lain di seluruh negara.

Fenomena ini menunjukkan seolah-olah mereka bebas menjalankan aktiviti ekonomi tanpa kawalan yang ketat, termasuk berniaga dalam pelbagai sektor seperti runcit, perabot, cuci kereta, jahit pakaian dan juga kontraktor kecil.

Perkembangan ini turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat apabila struktur ekonomi bandar dilihat tidak lagi mencerminkan kepentingan peniaga tempatan.

Dalam beberapa keadaan, turut dibangkitkan isu penyalahgunaan status perkahwinan dengan rakyat tempatan yang dikatakan membuka ruang kepada aktiviti perniagaan.

Walaupun pihak berkuasa tempatan sering melaksanakan operasi penguatkuasaan, tindakan tersebut dilihat kurang memberi kesan jangka panjang.

Sita dan operasi semata-mata tidak mencukupi sekiranya individu yang terlibat masih bebas menggunakan visa atau pas kerja tanpa tindakan lebih tegas.

Oleh itu, semakan semula terhadap status kemasukan dan penggunaan pas amat diperlukan bagi memastikan tiada penyalahgunaan berlaku.

Langkah lebih tegas dicadangkan termasuk pembatalan pas kerja atau visa serta penghantaran pulang ke negara asal sekiranya terbukti berlaku pelanggaran syarat, khususnya dalam aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

Pada masa sama, tindakan juga wajar dikenakan terhadap mana-mana pihak tempatan yang bersekongkol atau mendapat manfaat daripada kegiatan tersebut.

Penguatkuasaan yang lebih menyeluruh bukan sahaja penting untuk membanteras aktiviti perniagaan haram warga asing tetapi juga bagi memastikan peluang ekonomi negara kekal terpelihara untuk rakyat tempatan serta mengekalkan keseimbangan dan identiti ekonomi bandar secara keseluruhan. –UTUSAN

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN