SAYA ingin menyuarakan rasa kecewa terhadap keputusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang mewajibkan pendaftaran MyDigital ID sebagai syarat tunggal untuk mengakses aplikasi MyJPJ. Sebagai rakyat dan pembayar cukai, saya berpendapat dasar ini dilaksanakan tanpa mengambil kira sepenuhnya pilihan pengguna, kesediaan, kebimbangan serta keluhan pengguna di peringkat akar umbi. Tidak dinafikan, pendigitalan perkhidmatan awam adalah langkah ke hadapan yang wajar disokong. Namun, apabila satu lagi lapisan pendaftaran diwajibkan atau dipaksa,…










