BARU–baru ini, kita didedahkan dengan berita melibatkan sebuah gerai menjual mercun yang 95 peratus musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Pekaka, Georgetown, Pulau Pinang. Kebakaran turut merebak dan menjejaskan tiga unit pendingin hawa di sebuah rumah berhampiran.
Aktiviti yang melibatkan mercun dilihat semakin menjadi–jadi dalam negara kita khususnya setiap kali perayaan.
Bagi mengelakkan kejadian yang lagi teruk akibat daripada mercun, pihak berkuasa perlu bertindak tegas tanpa menunggu sehingga ‘hilang nyawa’.
Terdapat pelbagai jenis peruntukan undang–undang yang jelas dalam negara yang mengawalselia aspek penyeludupan, penjualan serta permainan mercun.
Semua pihak khususnya ibu bapa dan penjaga perlu memandang serius terhadap perkara ini serta mengambil langkah sewajarnya untuk memantau, menjaga serta melindungi anak–anak dibawah jagaan.
Tindakan undang–undang perlu diambil terhadap mana–mana ibu bapa atau penjaga yang cuai atau gagal memantau, menjaga serta melindungi anak–anak dibawah jagaan mereka. –UTUSAN
DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)










