Jangan hanya nilai dari jumlah A sahaja

Jangan hanya nilai dari jumlah A sahaja

PROSES penilaian pelajar juga harus turut berubah supaya kita benar–benar dapat menilai tahap prestasi pelajar kita meliputi segala aspek termasuk aspek kemahiran dalam kehidupan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERDAPAT banyak aspek kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh para pelajar kita selain daripada aspek teori dan akademik semata–mata seperti kemahiran untuk berfikir aras tinggi, kemahiran untuk berkomunikasi dengan berani dan penuh keyakinan, kemahiran untuk menggunakan pelbagai jenis aplikasi teknologi moden dan lain-lain lagi.

Sesuai dengan perkembangan zaman ini, proses penilaian pelajar juga harus turut berubah supaya kita benar–benar dapat menilai tahap prestasi pelajar kita meliputi segala aspek termasuk aspek kemahiran dalam kehidupan.

Bukan hanya menilai mereka dari aspek teori, akademik dan jumlah A yang berjaya diperoleh semata–mata.

Mereka yang gagal mendapat banyak A pun boleh berjaya dalam kehidupan.

Terdapat banyak individu–individu yang berjaya di dalam dunia ini termasuk dalam Malaysia yang berjaya dalam hidup mereka walaupun mereka tidak berjaya mendapat banyak A dalam proses peperiksaan mereka ketika zaman sekolah dulu.

Ini menunjukkan kepada kita untuk tidak menilai prestasi seseorang individu itu hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja. – UTUSAN

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN