Beri sokongan pada perpustakaan desa

Beri sokongan pada perpustakaan desa

SEBANYAK 506 Perpustakaan Desa telah beroperasi di seluruh negara, memainkan peranan penting dalam mendekatkan rakyat dengan sumber ilmu dan aktiviti berasaskan komuniti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERPUSTAKAAN Negara Malaysia (PNM) terus memperkukuh peranan perpustakaan desa sebagai ruang interaksi rakyat yang inklusif, dinamik dan berteraskan ilmu. Inisiatif ini selari dengan aspirasi kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat serta memperkukuh perpaduan melalui perkongsian ilmu.

Perpustakaan desa diwujudkan khas untuk komuniti setempat sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat, tempat pertemuan sosial, serta platform pembangunan minda.

Sehingga kini, sebanyak 506 perpustakaan desa telah beroperasi di seluruh negara, memainkan peranan penting dalam mendekatkan rakyat dengan sumber ilmu dan aktiviti berasaskan komuniti.

Melalui pelaksanaan pelbagai program galakan membaca, sejumlah 50,615 program telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan mencecah lebih 1.4 juta orang pada 2025.

Pencapaian ini membuktikan bahawa perpustakaan desa kekal relevan sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat berilmu dan berdaya saing.

Budaya membaca perlu dipupuk bermula dari institusi keluarga dan diperkukuhkan di peringkat komuniti. Perpustakaan desa menjadi jambatan yang menghubungkan kedua-dua elemen ini, sekali gus menyemai minat membaca sejak usia muda dan menggalakkan penglibatan aktif masyarakat.

Kementerian Perpaduan Negara akan terus memperkasakan perpustakaan desa sebagai hab komuniti yang menyatukan rakyat, memperluas akses kepada ilmu dan menyokong matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030. – UTUSAN

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN