RAKYAT Malaysia yang beragama Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Nampaknya ramai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menanam dan mengamalkan serta memasang azam baharu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa perlu menunggu Tahun Baharu dan Awal Muharram.
Amalan yang wajar dinormalisasikan adalah sambutan Tahun Baharu dan Awal Muharam tanpa menekankan azam baharu, kerana sepatutnya perkara baik diamalkan setiap hari dan pada setiap masa. Sambutan paling sesuai dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Merdeka, Hari Malaysia, serta selepas peristiwa besar seperti Pilihan Raya Umum (PRU), insiden berskala besar, kejohanan Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Piala Dunia bola sepak.
Saya sendiri sejak dahulu lagi sukakan sambutan Tahun Baharu tanpa soalan azam baharu kerana sudah tidak relevan lagi, begitu juga dengan azam Awal Muharram.
Azam baharu yang dibuat selepas hari besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Merdeka dan Hari Malaysia serta selepas peristiwa besar seperti Pilihan Raya Umum (PRU), insiden berskala besar, kejohanan Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Piala Dunia bola sepak, jauh lebih relevan berbanding azam sempena Tahun Baharu atau Awal Muharam. Kejohanan Piala Dunia bola sepak akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Kanada, dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai ini.
Akhir kata, jadikan sambutan Tahun Baharu dan Awal Muharam tanpa pertanyaan azam baharu sebagai amalan normal. Anggap azam baharu sempena Tahun Baru dan Awal Muharam sudah tidak relevan lagi.-UTUSAN
HAYRIN MATAHIR
Sandakan, Sabah











