ZAMAN kini sudah pun berubah. Terdapat banyak aspek kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh para pelajar kita selain daripada aspek teori dan akademik semata-mata seperti kemahiran untuk berfikir aras tinggi, kemahiran untuk berkomunikasi dengan berani dan penuh keyakinan, kemahiran untuk menggunakan pelbagai jenis aplikasi teknologi moden dan lain-lain lagi. Sesuai dengan perkembangan zaman ini, proses penilaian pelajar juga harus turut berubah supaya kita benar-benar dapat menilai tahap prestasi pelajar…










