DI Malaysia, kebakaran kediaman bukanlah kejadian terpencil sebaliknya kerap dilaporkan melibatkan rumah teres, pangsapuri dan kediaman bertingkat, dengan punca yang sering berkait rapat dengan rutin harian seperti memasak, penggunaan peralatan elektrik, pendawaian lama atau kebocoran gas. Hakikatnya, banyak kebakaran berlaku pada waktu malam atau awal pagi ketika penghuni sedang tidur. Apabila kebakaran berlaku, ada yang cuba menyelamatkan harta benda, ada yang kembali masuk ke rumah dan ada yang tidak tahu…










