DALAM masyarakat Malaysia hari ini, perbezaan antara generasi sering disalah tafsir sebagai konflik atau kelemahan. Sindiran seperti “generasi muda terlalu bergantung telefon” atau “generasi lama sukar belajar teknologi” menjadi lazim tetapi hakikatnya jurang generasi boleh menjadi peluang strategik untuk membina masyarakat Madani yang inklusif dan berdaya tahan. Jurang ini bukan semata-mata kelemahan peribadi tetapi hasil daripada ekosistem pembangunan berbeza. Setiap generasi membesar dalam konteks ekonomi, teknologi dan budaya tersendiri sehingga…










