PERSATUAN Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan program “Tanam Sayur Anda Sendiri untuk Generasi Masa Depan”, satu inisiatif tahun baharu yang bertujuan mempromosikan pertanian bandar yang lestari, kesedaran alam sekitar, dan pemerkasaan komuniti. CAP telah lama memperjuangkan pertanian bandar sebagai pendekatan transformatif untuk mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan akses kepada makanan segar dan berkhasiat, serta mengukuhkan hubungan dalam komuniti. Inisiatif ini menggalakkan keluarga, guru, dan pelajar menanam sayur-sayuran, herba, dan…










