TOURISM Malaysia menyambut ketibaan tahun baharu dengan penganjuran sambutan khas di pintu masuk antarabangsa dan hab pengangkutan utama negara bagi mengalu-alukan ketibaan pelawat bersempena pelancaran rasmi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Kempen ini bukan sekadar sebuah kempen pelancongan, sebaliknya merupakan gerakan nasional yang mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian, kemesraan serta kepelbagaian kaum dan budaya di negara kita. Sambutan ketibaan pelawat pada hari pertama tahun ini melambangkan komitmen Malaysia dalam menawarkan…











