KEDATANGAN 1 Rejab 1447 Hijrah pada tahun 2025/2026 menjadi isyarat awal bulan Ramadan kian menghampiri. Namun, realitinya wujud perbezaan yang ketara antara mereka yang sekadar menyedari kehadiran bulan Rejab dan mereka yang benar-benar memanfaatkan peluang ini untuk melakukan audit diri serta memperbaiki kelemahan yang ada. Hakikatnya, Rejab bukan sekadar bulan persediaan menuju Ramadan sebaliknya wajar difahami sebagai bulan muhasabah sosial khususnya apabila masyarakat hari ini berdepan dengan pelbagai krisis nilai…










