SETIAP pertukaran kerajaan atau kepimpinan sering memberi kesan segera kepada pendidikan, sedangkan ia nadi masa hadapan negara. Apabila politik terlalu campur tangan maka, sistem sekolah tidak lagi dibina atas asas ilmu, data dan keperluan murid tetapi digerakkan oleh slogan, populariti mahupun kepentingan kuasa. Ini menjadikan pendidikan alat politik, sedangkan sepatutnya menjadi payung masa hadapan yang melindungi tanpa mengira parti, kaum atau latar sosial. Pendidikan bukan medan uji kaji politik atau…










