SAYA tertarik dengan pandangan Pakar Ekonomi, Pusat Pasaran Buruh Masa Depan yang mengusulkan penjenamaan pekerja pencuci kepada operator atau pakar pencucian. Usaha ini pernah dijalankan. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan untuk pekerja pembersihan dinamakan Operator Kebersihan, Operator Kanan Kebersihan dan Penyelia Kebersihan untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3. Menarik minat pekerja tempatan bukan hanya setakat penjenamaan jawatan tersebut sebaliknya turut melibatkan faktor gaji, pandangan…










