SEMUA pihak perlu menyahut dan menerima rasa tanggungjawab bersama untuk memastikan pendidikan mampu melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berjaya menongkah cabaran selaras dengan hasrat Kerajaan Madani. Sudah tentu golongan yang terlibat secara langsung bagi mencapai matlamat tersebut ialah pihak kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik. Pihak kerajaan memainkan peranan menentukan dasar untuk dilaksanakan bagi memantapkan perjalanan pendidikan negara sementara ibu bapa memastikan anak-anak mereka mampu menerima pengajaran yang diajar…










