DI sebalik kesibukan kampus yang kelihatan aktif dan dinamik, tersimpan realiti pahit kehidupan pelajar universiti di Malaysia. Kenaikan kos sara hidup yang berterusan menjadikan kehidupan pelajar bukan sekadar perjuangan akademik tetapi ujian kelangsungan hidup. Kos makan, sewa bilik, pengangkutan, buku pengajian dan keperluan asas lain meningkat lebih cepat daripada kemampuan kewangan pelajar, terutamanya mereka daripada keluarga B40, anak yatim dan golongan kurang berkemampuan. Isu ini kini berkembang menjadi krisis sosial.…










