SAYA menyokong penuh pengumuman Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengenai pengekalan UMNO dalam kerajaan sekarang. Beliau menyatakan perkara tersebut apabila tiada usul daripada semua bahagian UMNO di seluruh negara mengemukakan cadangan supaya parti menarik diri dari kerajaan. “Sebanyak 175 usul daripada 191 bahagian UMNO yang diterima tidak menyentuh sebarang cadangan supaya UMNO menarik diri daripada kerajaan,” kata Asyraf Wajdi kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Beliau tidak menjangka…










