SERAMAI 1,500 orang pengunjung hadir di Kembara Kerjaya Madani Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di Kuantan, Pahang baru-baru ini. Pelbagai pengisian dilaksanakan antaranya perkhidmatan konsultasi SPA berkaitan pengambilan ke perkhidmatan awam, panduan permohonan jawatan, semakan status permohonan serta pendaftaran melalui Sistem Permohonan Jawatan SPA (SPA9) termasuk sesi perkongsian panduan temu duga dan taklimat kerjaya daripada pegawai SPA, Kementerian Kesihatan, MYDigital ID dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera…










