SAYA ingin membantu pegawai Jabatan Agama Islam dalam menangani isu guru-guru agama yang menyeleweng daripada ajaran Islam, berbekalkan pengetahuan serta pengalaman yang dalam bidang ini. Saya dilantik mewakili Angkatan Tentera dalam Jawatankuasa Op Sri Aman ‘Rehabilitation’ untuk mengembalikan anggota komunis Sarawak ke masyarakat setelah menyerah diri. Mereka ini diasingkan dari pengetua mereka untuk diberi keterangan berasingan. Saya menjadi ahli selama tiga tahun bermula 1974 hingga 1976 dan ditukar jawatan ke…










