PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi antara penanda aras paling penting dalam pendidikan negara. Keputusan SPM bukan sekadar menentukan hala tuju akademik pelajar, malah sering dijadikan ukuran kecemerlangan sekolah, keberkesanan guru dan kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Justeru, sebarang perbincangan mengenai tahap kesukaran soalan SPM perlu dilihat secara objektif, berfakta dan berhemah. Mutakhir ini, kebimbangan timbul apabila soalan SPM dilihat terlalu mencabar sehingga majoriti pelajar tidak menjawab dengan yakin. Isu…










