MENURUT Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, kadar simptom tekanan dan keresahan meningkat dan wanita mencatatkan angka lebih tinggi berbanding lelaki. Maka, penting untuk kita membina budaya empati kepada diri sendiri dan antara sesama wanita. Kesejahteraan hendaklah disuburkan dengan kebahagiaan yang sebenar, yang tidak diukur dengan nilai pencapaian material semata-mata sama ada dalam bentuk gaji, rupa ataupun kejayaan kerana kesejahteraan sebenar adalah antara keupayaan untuk berdamai dengan diri, menerima…










