SUDAH sekian lama kedengaran rungutan, “gaji baru masuk, tapi duit dah habis.” Ungkapan itu gambaran realiti hidup sebahagian besar keluarga di bandar dan luar bandar yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup. Isu ini bukan lagi sekadar topik perbincangan akademik, sebaliknya menjadi dialog harian di kedai mamak, selepas solat di surau, dalam perjalanan pulang dari kerja, malah di meja makan keluarga. Semua orang merasainya, cuma tahap dan bentuknya berbeza. Data…










