PROGRAM Sekolah Angkat Madani merupakan inisiatif kerajaan bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan, sektor swasta dan institusi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran serta kesejahteraan warga sekolah. Terbaru, program ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Kementerian Kewangan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik. Pelaksanaan program ini dipacu oleh keprihatinan terhadap tragedi yang meragut nyawa seorang murid tahun enam pada 2024, dipercayai akibat renjatan elektrik…










