SAYA ingin mengulas artikel bertajuk OIC suara Islam di pentas Global yang diterbitkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 22 November lalu. Artikel tersebut menyebut Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebagai wadah diplomatik utama memainkan peranan penting dalam menyatukan suara negara-negara Islam berdepan isu-isu kemanusiaan dan keselamatan global. Artikel itu turut menyebut dalam konteks konflik Palestin, OIC menjadi antara organisasi antarabangsa yang lantang menentang penindasan rejim Zionis. Melalui pelbagai persidangan luar…










