PENIPUAN dalam talian kini semakin berleluasa di negara kita. Setiap hari, ada sahaja laporan tentang warga emas yang menjadi mangsa penipuan melalui panggilan palsu, mesej yang meyakinkan atau tawaran pelaburan yang kononnya menjanjikan pulangan pantas. Malangnya, mereka kini semakin menjadi sasaran kerana lebih mudah percaya dan kurang pendedahan terhadap cara penipuan moden beroperasi. Hari ini, penipuan disusun secara halus dengan skrip yang lancar, menyerupai urusan rasmi. Ada yang menyamar sebagai…










