PENDERAAN terhadap lelaki adalah isu yang jarang dibincangkan tetapi realitinya wujud di sekeliling kita. Apabila berbicara mengenai mangsa keganasan rumah tangga, masyarakat biasanya membayangkan wanita. Hakikatnya, lelaki juga boleh menjadi mangsa, sama ada secara fizikal mahupun emosi. Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat 1,865 kes melibatkan mangsa lelaki pada 2024, meningkat berbanding 1,213 kes pada 2023. Sepanjang tujuh bulan pertama 2025, sebanyak 1,183 kes dilaporkan. Secara keseluruhan, sekitar 25…










