DUNIA bola sepak Malaysia digegarkan apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendenda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan menggantung tujuh pemain warisan selama 12 bulan kerana dokumen palsu yang dikemukakan. Nama baik FAM tercemar, meninggalkan sejarah suram bagi persatuan yang pernah disegani. Malaysia pernah melakar sejarah, layak ke Olimpik Munich 1972 dan Moscow 1980, dengan pemain legenda seperti Wong Kam Fok, Abdul Ghani Minhat, Soh Chin Aun, Syed Ahmad, Mokhtar Dahari dan…










