USUL Jabatan Imigresen Malaysia untuk daftar semula pelarian tepat pada masanya. Inilah peluang terbaik untuk menapis teliti pelarian ekonomi yang menggunakan pas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu. Kemakmuran ekonomi negara ini menjadi faktor yang menarik pelarian ke Malaysia. Selain pelarian Rohingya yang lari ke Malaysia akibat penindasan di Myanmar, terdapat juga kes warga Asia Selatan dari Bangladesh menyamar kononnya mereka adalah pelarian Rohingya. Kerajaan Myanmar menolak menerima sebahagian…










