AHLI Parlimen dipilih untuk membawa suara dan kebajikan rakyat ke Dewan Rakyat. Setiap cadangan yang dikemukakan seharusnya berpaksikan kepentingan awam, bukan sekadar mencari populariti atau menonjolkan diri. Malangnya, dalam realiti politik kini, masih ada wakil rakyat yang menumpukan cadangan populis tanpa menilai kesan jangka panjang terhadap ekonomi, sosial dan kestabilan negara. Dalam sistem demokrasi berparlimen, kebebasan bersuara dijamin tetapi harus datang bersama tanggungjawab moral dan intelektual. Ahli Parlimen perlu memastikan…











