PENDIDIKAN dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) Malaysia kini berada di ambang transformasi besar. Dengan kadar kebolehpasaran graduan mencecah 95.1 peratus pada 2024, sektor ini terbukti menjadi tunjang penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri tempatan dan global. Namun, kejayaan ini bergantung pada komitmen pengajar TVET yang bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga membentuk karakter, memupuk kemahiran insaniah dan menghubungkan dunia akademik dengan realiti industri. Pertumbuhan sektor…










