CADANGAN untuk memperkenalkan pendidikan tasawuf berasaskan nilai murni, seperti yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, merupakan satu langkah yang amat penting dan tepat pada masanya. Dalam menghadapi isu-isu pendidikan yang hangat sejak kebelakangan ini, usaha mengembalikan peranan pendidikan dalam pembentukan akhlak adalah amat signifikan. Hakikatnya, hasil pembelajaran tasawuf tidak boleh diukur hanya melalui keupayaan pelajar menghasilkan laporan tugasan atau menjawab soalan peperiksaan. Matlamat utama pendidikan tasawuf…










