PERSATUAN Pengurusan Pembersihan Malaysia (MACM) menerima aduan terdapat kontraktor pencucian sekolah-sekolah yang gagal membekal bahan, perkakas dan peralatan kerja yang cukup. Pekerja pencuci terpaksa membeli perkakas dan peralatan yang diperlukan seperti mop, penyapu, kain pengelap dan lain-lain untuk menjalankan kerja-kerja cucian. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku selepas harga kontrak dinaikkan ke tahap yang munasabah dan berpatutan. Harga yang dicadangkan oleh MACM adalah harga minimum untuk memastikan kontraktor mampu membayar gaji…










