PERKEMBANGAN teknologi komunikasi masa kini telah membawa perubahan besar terhadap cara hidup masyarakat, terutamanya golongan remaja. Namun, di sebalik kemudahan yang ditawarkan oleh gajet dan media sosial, muncul pula fenomena membimbangkan peningkatan kes rogol, buli, dan pembunuhan yang melibatkan pelajar sekolah. Keadaan ini menimbulkan persoalan serius tentang sejauh mana pendedahan terhadap teknologi mempengaruhi pembentukan akhlak dan nilai moral generasi muda. Pendedahan tanpa kawalan terhadap pelbagai platform media sosial telah menyebabkan…










